Insyirah

Insyirah

Saturday, 19 May 2012

Lirik: Gembira Hidup Ini (Farah AF2)


Gembira Hidup Ini - Farah AF2



Lyrics / Lirik Gembira Hidup Ini :

Uhh.. yeahh, yeahh
Laa..laa..laa..laa..

Disini ku nyatakan semua
Cerita kehidupanku
Telah tempuhi hidup yang sukar ku terima

Tapi ku mampu laluinya
Merempuh suka dan duka
Dengan tenang hati ku telan pahit manis kehidupan

Chorus:
Sekiranya
Ku tak mampu
Halangi semua
Pasti ku hampa

Sekiranya
Ku tak bersedia
Akan ku pulang ke asal ku
Tapi ku tak rela

Kerna ku sorang manusia
Yang tak suka pada duka
Kerna ku sayang gembira
Gembirakan hidup ini

Kerna ku tahu inginku
Apa yang aku inginkan
Akan ku capai segala
Segala yang diinginkan
Demi kehidupanku

Friday, 18 May 2012

Cerpen: "Lepaskan je gelas tu..."


 Lepaskan Je Gelas Itu.....
= = = = = = = = = = = = =



بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Ini adalah sebuah kisah yang boleh dimanfaatkan dan diambil pelajaran dalam kehidupan seharian kita. Ceritanya bermula begini....

 
Situasi: Di dalam sebuah kelas


 Seorang guru memegang segelas air dan bertanya kepada anak muridnya.“Berapa beratkah air ni?”

“10 ml!”“15ml!”,“50ml!”“100ml!” Murid-murid menjawab.

Bagus! tetapi saya sendiri tidak pasti berapa berat air ni kerana saya tidak menimbangnya. Ok bagaimana kalau saya memegang gelas ini selama seminit?

“Tiada apa-apa!” Murid menjawab

Kalau saya memegang selama setengah jam?

“Tangan lenguh!” Murid menjawab,

Ok adakah berat gelas ini berubah, bertambah berat misalnya?

“Tidak!” murid menjawab.

Ok bagaimana pula kalau saya memegang setengah hari?

“Tangan cikgu boleh kebas dan kena hantar ke hospital kerana lumpuh”, salah seorang murid menjawab diikuti dengan gelak ketawa satu kelas.

Guru tersenyum,“Bagus! Hmm bagaimana pula kalau saya pegang cawan ni satu hari? dua hari? seminggu? setahun?”

Murid-murid mula pening, gilo ker apo?

Ok kalau macam tu bagaimana nak mengelakkan saya dimasukkan ke hospital?

“Lepaskan sahaja gelas itu!”

Ya , itulah jawapan yang saya cari. Begitulah ibarat dengan masalah yang kita hadapi. Kita masih bertahan jika kita menanggung beban satu masalah itu dalam masa yang singkat tetapi kalau masalah itu dibawa ke satu masa yang lama, ia akan menjadi berat walau pun sebenarnya beratnya adalah sama.

Jadi setiap masalah yang kita hadapi tu janganlah dibawa, segala masalah hendaklah diselesaikan atau dilupakan selewat-lewatnya sebelum kita tidur supaya masalah itu tidak menghantui kita keesokan harinya. Jadi pada setiap pagi kita bangun otak kita jadi fresh dan bersedia menghadapi hari baru dengan lebih ceria dan penuh semangat.

Ini dapat mengelakkan stress dan kemurungan yang silap-silap boleh menyebabkan kita ke hospital sakit jiwa.

Ingat…“Lepaskan je gelas tu!”

“Segala masalah di dalam hidup ini pun sama. Kita simpan dalam kepala kita sedikit, kita rasa OK. Fikir lama-lama, mula sakit kepala. Lama dan lama lagi kita terlalu fikirkan masalah itu, kita mula tertekan dan kita hilang fokus untuk buat perkara lain.” :)

Coretan: Jangan Bersedih

 Jangan Bersedih
= = = = = = = = =


بسم الله الرحمن الرحيم

 Assamualaikum dan selamat sejahtera


Sahabatku,


Ada kalanya, kita perlu bersedih supaya kita tahu hidup ini bukan hanya untuk seronok-seronok sahaja. Dan ada kalanya kita tidak perlu menangis kerana kita perlu tahu betapa bernilainya setitis air mata.

Wahai sahabat, janganlah kamu bersedih, kerana Allah ada berfirman di dalam Al-Quran:
-
“JANGANLAH kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg plg tinggi (darjatnya), jika kamu org2 yg beriman” (Al-Imran: 139)
-
"Sesungguhnya HANYALAH kpd Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku, dan aku mengetahui dari Allah apa yang kamu tiada mengetahuinya" (Yusuf: 86)
-
"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu sst yg kamu benci. BOLEH JADI kamu membenci sst padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sst, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui" (Al-Baqarah: 216)
-
"Allah TIDAK membebani seseorg melainkan sesuai dgn kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebaikan) yg diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yg dikerjakannya......" (Al-Baqarah: 286)
-
“BERSABARLAH dan tiadalah kesabaranmu itu melainkan dgn pertolongan Allah dan janganlah kamu bersedih hati terhadap mereka dan janganlah kamu bersempit dada terhadap apa yg mereka tipu dayakan. Sesungguhnya Allah beserta org2 yg bertakwa dan org2 yg berbuat kebaikan” (An-Nahl: 127-128)

Setiap yang berlaku PASTI ada HIKMAH disebaliknya. Cuma kadang-kadang kita tidak sedar pun kenapa Allah telah atukan untuk hambanya sedemikian rupa. INGATLAH, Allah lah yang lebih Mengetahui. Yakinlah dengan ketentuan Allah. Jika kita benar-benar beriman, kita WAJIB percaya dan yakin dengan Rukun-rukun Iman.

Ingatlah, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. (Insyirah:5-6). Maka, jangan bersedih!