Salam dan selamat sejahtera....
Hujan-hujan ni lapar la pula. Hmm...pening memikirkan menu yang cepat, mudah, murah, sihat, dan ringkas tapi mengenyangkan. Tiba-tiba terbayang meatball subway... Apa kata cuba buat sendiri... lebih jimat dan berbaloi-baloi lagi... Saya nak kongsi resipi semudah 1,2,3 ni :)
Bahan-bahan:
Roti - roti frankfurter / roti panjang ala subway (biasa ada di pasaraya Giant, Tesco, dll)
Meatball (saya guna jenama Marina, jenama lain pun boleh)
Sos tomato spagetti (saya guna Prego, jenama lain pun boleh)
Sayur - salad, tomato, bawang, cili banggala, dsb (ikut citarasa masing-masing)
Sos - sos cili, mayonis, thousand island, black paper sauce, sos bbq, dsb (ikut citarasa masing-masing)
*Tambahan - keju (jika suka)
** Kalau rajin, meatball dan sos tomato tu boleh buat sendiri :)
Cara-cara:
1) Tumis bawang, masukkan sos spagetti dan meatball. Tutup dan biarkan meatball masak.
2) Roti dibelah dua. Sapu kuah sos meatball tadi atas roti. Susun sayur. Susun meatball. Letak kepingan keju diatas meatball yang panas supaya keju cair sedikit. Masukkan dalam microwave sebentar (jika mahu)
3) Letak sos yang anda suka. Siap dan hidangkan
Taraaa.....ni kalau tengah malam lapar pun boleh buat :)
No comments:
Post a Comment