Salam dan selamat sejahtera.
Harini saya nak kongsikan petua semulajadi, mudah dan murah bagi mereka yang berikhtiar untuk hamil. Apapun jangan terlalu taksub yang petua-petua ini boleh buat anda hamil tapi ianya sekadar satu ikhtiar...mana la tahu rezeki kan? Sumber rujukan daripada kombinasi rakan-rakan blogger, group discussion dan laman sesawang...
1) Daun Bunga Raya (bunga merah - 5 kelopak)
Cara-cara minum air daun bunga raya:
1. Ambil daun bunga raya (anggaran 7-10 helai)
2. Basuh dan redam guna air suam
3. Kisar daun bunga raya tu dgn air suam agak-agak air boleh dapat setengah mug.. (air jangan terlalu banyak dan jangan terlalu sedikit takut-takut bila terlalu banyak tak larat nk habiskan dan kalau sikit sangat takut tak boleh nak telan sebab air tu berlendir)
4. Lepas kisar, tapis sebab nak buang pati daun tu..cuma ambil airnya sahaja.
5. Minum begitu sahaja.. sebelum minum, ada eloknya kita selawat dan niat dlm hati...ini adalah salah satu usaha kita dan doa pada Allah semoga membuahkan hasil...aamiin...
boleh diminum selepas period, 1x dalam sebulan.. (Cadangan)
2) Taugeh
Air rebusan taugeh:
- Ambil segenggam kacang hijau.
- Rendam kacang hijau itu semalaman (1hari). Air rendaman tu hendaklah sama aras dengan kacang hijau bagi kacang tu tenggelam dalam air. kulit kacang akan terbelah sedikit selepas 24 jam.
- Keluarkan kacang tadi (guna sudu) dan letak atas tuala basah yang diletakkan diatas penapis yang dilapikkan dengan pinggan berlekuk/besen (letak sedikit air didalam pinggan/besen tersebut supaya tuala tadi sentiasa berkeadaan lembap)
- Tutup penapis tu dengan tuala basah. Biarkan semalaman lagi (sampai tumbuh ekor anak taugeh kira-kira panjang ekor itu menjadi 2 kali panjangnye kepala taugeh).
- Bila dah jadi anak taugeh, cuci dan buang kulit hijau yang ada (kulit kacang hijau)
- Rebus taugeh itu dengan 2 gelas air kira-kira dalam 15 minit dengan api sederhana.
- Apabila air rebusan itu dah tinggal jadi separuh. Tapis & ambil air rebusan yang tinggal (kira-kira dalam segelas).
- Minum air rebusan itu tiap-tiap pagi bermula dari 1st period sampai waktu subur.
* Selain diminum air rebusannya, boleh juga dimakan mentah (dibuat salad) atau dibuat jus

3) Raspberry
Kajian baru menemukan raspberry sangat baik buat lelaki yang ingin menjadi ayah. Buah jenis berry ini mengandung vitamin C yang tinggi, nutrisi penting bagi kesuburan lelaki, dan magnesium yang terdapat dalam produksi testoteron. Para peneliti Amerika Syarikat berpendapat, raspberry dapat melindungi sperma dari “stres oksidatif”.
4) Delima, Kurma dan Madu
Seperti yang anda sedia maklum makanan sunnah pastinya baik untuk kesihatan kita. Boleh diamalkan bukan sahaja untuk persediaan hamil, tetapi juga boleh diamalkan pada bila-bila masa untuk sesiapa sahaja. Seelok-eloknya amalkan yang belum diproses (raw) bagi mengekalkan khasiatnya kerana dikhuatiri adanya bahan addictive.
Jadi, kepada mereka yang inginkan anak, cubalah amalkan petua ini. Usaha tangga kejayaan. Usaha, doa dan tawakal kepada Allah...kuatkan kesabaran. Semoga usaha dan doa anda diperkenankan-Nya... Aamiin...
No comments:
Post a Comment