Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Badan manusia memerlukan air untuk mengawal suhu, melindungi organ dalaman dan membantu peredaran oksigen ke seluruh tubuh. Kekurangan air boleh memberi kesan keatas tubuh. Justeru, adalah penting untuk memastikan kandungan air dalam tubuh sentiasa mencukupi.
Kadang kala urusan seharian yang sibuk membuatkan kita terlupa untuk minum air yang cukup. Usahalah untuk meletakkan bekas minuman diatas meja kerja anda misalannya supaya anda sentiasa ingat untuk minum. Tidak mengapa kerap ke tandas. Ia menandakan anda sihat. Minumlah air yang cukup dengan sedikit tetapi kerap. Jom kita lihat apa tanda tubuh sekiranya anda kekurangan air.
Tanda tubuh PERLU air / kurangnya air dalam badan (Dehidrasi)
1) Mulut kering - mata ikan (ulser) dalalm mulut juga tanda anda kurang air
2) Air kencing bewarna kuning pekat - kurang kencing juga tanda anda kurang air
3) Sukar buang air - amalan minum air kosong sejurus bangun tidur boleh menghindari masalah ini
4) Kulit kering atau menggelupas - mudah terlihat (bagi wanita) bila anda mengenakan bedak
5) Jantung berdebar - fungsi jantung untuk proses peredaran darah terganggu
6) Kekejangan otot - biasanya setelah anda bersukan anda akan mengalaminya
7) Pening - bagi yang kerap pening atau sakit kepala, anda mungkin dehidrasi yang membawa kepada kekurangan oksigen dalam darah
8) Mudah penat - otot dan fungsi saraf lambat bekerja
9) Mata terasa kering - perlunya pengeluaran air mata untuk membersih dan menyegarkan
10) Panas dalam badan - pengawalan suhu badan. Bagi yang demam, cuba ubati dengan konsumsi air banyak dan kerap kencing bagi mengeluarkan haba dalam badan
11) Jerawat - Toksin yang tidak dapat dikeluarkan melalui air kencing dan peluh akan keluar melalui jerawat
12) Diet kurang berhasil - Kekurangan air dalam badan akan buat anda kerap lapar
No comments:
Post a Comment