Insyirah

Insyirah

Monday, 22 June 2015

Jom Sahur :)


Assalamualaikum dan selamat sejahtera kalian yang membaca post ini...

Harini 5 Ramadhan 1436H bersamaan dengan 22 Jun 2015...

Sahur tak kawan-kawan pagi tadi? Haa...jangan jadikan alasan tak sempat bangun sahur 

untuk tidak berpuasa ye :) 

Ingin saya kongsikan satu hadith daripada junjungan kita yang berbunyi...

"Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya : 

Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan"


Pengajaran Hadith:

i) Waktu bersahur bermula pada pertengahan malam sehingga terbitnya fajar. Namun disunatkan untuk mengakhirkan waktu bersahur iaitu kira-kira 10 atau 15 minit sebelum azan Subuh. 

ii) Mengantuk dan letih tidak boleh dijadikan alasan untuk enggan bersahur kerana sahur dapat membantu menguatkan badan orang yang berpuasa untuk mengerjakan ibadat puasa pada sebelah siangnya, di samping sahur itu sendiri adalah satu amalan sunat yang berkat.

iii) Pengambilan makanan sahur adalah titik yang membezakan antara puasa penganut agama lain dengan puasa umat Islam kerana penganut agama lain tidak bersahur sebelum berpuasa.

iv) Sahur itu boleh dilakukan dengan sedikit makan walaupun cuma seteguk air. Namun tidak digalakkan untuk mengambil terlalu sedikit atau terlalu banyak. Memadailah sekadar untuk membantu mengerjakan puasa pada keesokan harinya.

sumber: http://www.islam.gov.my



Mana yang tak sempat nak sediakan lauk untuk bersahur, apa kata anda cuba Serunding Bilis 

Warisan ini....

Pedas, rangup dan sedap...

Rasa dulu....baru tahu..... :)





#serundingbiliswarisan #serunding