Insyirah

Insyirah

Wednesday, 31 December 2014

Tutorial: Resipi Mudah & Ringkas

Salam dan selamat sejahtera.

Badan dah letih....tapi perut dah lapar....nak beli kat kedai macam malas nak keluar atau mungkin tengah bajet??? Haaaa.....Ini adalah koleksi resipi yang mudah dan ringkas. Ada yang tak tahu nama resepi tu, ikut suka hati i je nak letak nama apa..haha...Sesuai untuk sarapan pagi, minum petang atau supper. Boleh dihidangkan untuk yang tersayang.

Yummy....macam sedap je...macam best je....Jom pakat cuba.....tak rugi pun....

Selamat mencuba ヽ(•‿•)ノ


1. Fried Ice-cream

























2. Chocolate Covered Frozen Banana & Peanut Butter Bites

























 3. Chocolate Cheese Balls























 4. Choco Oat























 5. Lovely Egg Sausage

 














 6. Nutella Muffin

 





















 7. Nutella Pastry with Marshmallow
























 8. Banana Oat Balls
























9.























10. Egg Cheese Bread
 























11. Egg Cheese Sandwich with Chicken Slices





















12. Popia Nestum


Promosi: Kek Bajet Arisa



Assalamualaikum dan selamat sejahtera


 

 


















Mencari kek bajet???

Kek bajet buat makan-makan untuk minum pagi atau minum petang 


Kek bajet untuk hidangan para tetamu...

Kek bajet untuk Hari Raya atau hari-hari biasa....

Kek bajet untuk majlis harijadi anak-anak yang simple....atau

Sebagai buah tangan kepada jiran-jiran, kawan-kawan atau saudara mara....






Berita baik untuk penggemar kek bajet

Dimana anda boleh dapatkan
kek bajet pada  harga yang berpatutan???

Kami, Arisa Budget Cake menawarkan

Kek bajet hanya dari
RM7.50 - RM10

Penghantaran
percuma sekitar lembah Klang* (dengan belian minima).

Ada pelbagai
pilihan kek bajet yang kesemuanya berjumlah  21 jenis.... 


























Hubungi kami:
Fb: Arisa Budget Cake
Ig: sarah_arisa
Whatsapp: 018 351 5056












*  tertakluk kepada terma & syarat

Tuesday, 30 December 2014

Sakit Kepala: Kenalpasti Penyebabnya

Salam dan selamat sejahtera

Sejak kebelakangan ni kerap pula rasa sakit kepala. Apa penyebab terjadinya sakit kepala ye? Jom siasat......


1) Kenalpasti kedudukan sakit kepala

Dengan mengenalpasti dimana kedudukan sakit kepala anda, adalah lebih mudah dokter diagnosis punca sebenar anda sakit kepala. Untuk ketahui keadaan sakit kepala anda, boleh juga klik sini untuk lebih info.
























2) Keadaan lain yang mungkin menyebabkan sakit kepala

Tidak semestinya sakit kepala disebabkan oleh darah tinggi, tekanan atau gangguan pada otak yang dapat memicu sakit kepala, tapi hal sederhana seperti pewangi atau makanan pun dapat menyebabkan sakit kepala yang menggangu. Antaranya:

i) Udara panas

ii) Aroma yang menyengat; cth: cat, minyak wangi dan sebagainya

iii) Ikatan rambut, anak tudung atau headband yang terlalu ketat

iv) Aktiviti fizikal yang berlebihan, terutama bagi penderita migrain

v) Gerakan atau postur tubuh yang salah




















vi) Perut kosong atau lewat makan. Sesibuk manapun anda cuba untuk tidak skip sarapan terutamanya kerana boleh menyebabkan sakit kepala.



















vii) Dehidrasi. Kekurangan air dalam badan mempengaruhi keseimbangan sel dalam tubuh yang dapat memberikan manifestasi berupa sakit kepala. Untuk info berkenaan dengan air sebagai penawar semulajdi, klik sini

viii) Zat tiramin
Zat yang terkandung didalam makanan yang proses pembuatannya memakan waktu yang lama seperti keju. Semakin lama proses pembuatannya, semakin banyak kandungan tiramin didalamnya. Tiramin juga banyak terdapat pada minuman beralkohol. Kandungannya dapat meningkatkan tekanan darah ke otak sehingga membuat anda semakin pening.

ix) Asap rokok
Nikotin yang terkandung didalam rokok menyebabkan pembuluh darah pada otak menyempit. Bagi penderita migrain, asap rokok bukan sahaja akan menimbulkan rasa sakit yang amat sangat pada kepala, bahkan juga pada mata dan hidung.

x) Kafein
Kafein terkandung dalam kopi, teh, minuman kola dan coklat. Sesetengah orang lebih sensitif kepada kafein. Pada mereka, mengkonsumsi dalam jumlah yang kecil sekalipun boleh menyebabkan insomnia, sakit kepala dan gemuruh.

Jadi, bila dah tahu dimana puncanya yang menyebabkan sakit kepala, adalah lebih mudah untuk anda hindari dimasa akan datang. Bak kata pepatah "mencegah adalah lebih baik daripada mengubati". Itu sahaja, sekian. Semoga dapat memberi manfaat.

Saturday, 27 December 2014

Tutorial: Aneka Bentuk Roti


Salam dan selamat sejahtera

Tengah belek-belek fb ternampak gambar-gambar ni...teruja sangat...macam nak cuba pula kan?...Empat bulan lepas saya ada belajar buat sweet bun...macam-macam bentuk...tapi macam dah ingat-ingat lupa sebab tak terus praktik. Bukan apa, banyak peralatan tak ada...(alasan :p) Jadi, sebelum hilang tanpa dikesan, baik simpan dulu dalam blog ni...nanti nak buat, senang nak rujuk... :)






































Ok, yang ni tak ada langkah nak buat (bentuk arnab boleh rujuk di atas)... Sangat comel terutamanya rusa tu ヽ(•‿•)ノ ❤



Friday, 26 December 2014

Meatball ala subway semudah 1,2,3

Salam dan selamat sejahtera....

Hujan-hujan ni lapar la pula. Hmm...pening memikirkan menu yang cepat, mudah, murah, sihat, dan ringkas tapi mengenyangkan. Tiba-tiba terbayang meatball subway... Apa kata cuba buat sendiri... lebih jimat dan berbaloi-baloi lagi... Saya nak kongsi resipi semudah 1,2,3 ni :)


Bahan-bahan:

Roti - roti frankfurter / roti panjang ala subway (biasa ada di pasaraya Giant, Tesco, dll)
Meatball (saya guna jenama Marina, jenama lain pun boleh)
Sos tomato spagetti (saya guna Prego, jenama lain pun boleh) 
Sayur - salad, tomato, bawang, cili banggala, dsb (ikut citarasa masing-masing)
Sos - sos cili, mayonis, thousand island, black paper sauce, sos bbq, dsb (ikut citarasa masing-masing)
*Tambahan - keju (jika suka)
** Kalau rajin, meatball dan sos tomato tu boleh buat sendiri :)



Cara-cara:

1) Tumis bawang, masukkan sos spagetti dan meatball. Tutup dan biarkan meatball masak.

2) Roti dibelah dua. Sapu kuah sos meatball tadi atas roti. Susun sayur. Susun meatball. Letak kepingan keju diatas meatball yang panas supaya keju cair sedikit. Masukkan dalam microwave sebentar (jika mahu)

3) Letak sos yang anda suka. Siap dan hidangkan


Taraaa.....ni kalau tengah malam lapar pun boleh buat :)


Sunday, 21 December 2014

TTC: Petua Semulajadi, Mudah dan Murah untuk Hamil

Salam dan selamat sejahtera.

Harini saya nak kongsikan petua semulajadi, mudah dan murah bagi mereka yang berikhtiar untuk hamil. Apapun jangan terlalu taksub yang petua-petua ini boleh buat anda hamil tapi ianya sekadar satu ikhtiar...mana la tahu rezeki kan? Sumber rujukan daripada kombinasi rakan-rakan blogger, group discussion dan laman sesawang...

1) Daun Bunga Raya (bunga merah - 5 kelopak)

Cara-cara minum air daun bunga raya:

1. Ambil daun bunga raya (anggaran 7-10 helai)
2. Basuh dan redam guna air suam 
3. Kisar daun bunga raya tu dgn air suam agak-agak air boleh dapat setengah mug.. (air jangan terlalu banyak dan jangan terlalu sedikit takut-takut bila terlalu banyak tak larat nk habiskan dan kalau sikit sangat takut tak boleh nak telan sebab air tu berlendir)
4. Lepas kisar, tapis sebab nak buang pati daun tu..cuma ambil airnya sahaja.
5. Minum begitu sahaja.. sebelum minum, ada eloknya kita selawat dan niat dlm hati...ini adalah salah satu usaha kita dan doa pada Allah semoga membuahkan hasil...aamiin...

boleh diminum selepas period, 1x dalam sebulan.. (Cadangan)
 
 






 

2) Taugeh

Air rebusan taugeh:
  1. Ambil segenggam kacang hijau.
  2. Rendam kacang hijau itu semalaman (1hari). Air rendaman tu hendaklah sama aras dengan kacang hijau bagi kacang tu tenggelam dalam air. kulit kacang akan terbelah sedikit selepas 24 jam.
  3. Keluarkan kacang tadi (guna sudu) dan letak atas tuala basah yang diletakkan diatas penapis yang dilapikkan dengan pinggan berlekuk/besen (letak sedikit air didalam pinggan/besen tersebut supaya tuala tadi sentiasa berkeadaan lembap)
  4. Tutup penapis tu dengan tuala basah. Biarkan semalaman lagi (sampai tumbuh ekor anak taugeh kira-kira panjang ekor itu menjadi 2 kali panjangnye kepala taugeh).
  5. Bila dah jadi anak taugeh, cuci dan buang kulit hijau yang ada (kulit kacang hijau)
  6. Rebus taugeh itu dengan 2 gelas air kira-kira dalam 15 minit dengan api sederhana.
  7. Apabila air rebusan itu dah tinggal jadi separuh. Tapis & ambil air rebusan yang tinggal (kira-kira dalam segelas).
  8. Minum air rebusan itu tiap-tiap pagi bermula dari 1st period sampai waktu subur.
* Selain  diminum air rebusannya, boleh juga dimakan mentah (dibuat salad) atau dibuat jus






 









3) Raspberry


Kajian baru menemukan raspberry sangat baik buat lelaki yang ingin menjadi ayah. Buah jenis berry ini mengandung vitamin C yang tinggi, nutrisi penting bagi kesuburan lelaki, dan magnesium yang terdapat dalam produksi testoteron. Para peneliti Amerika Syarikat berpendapat, raspberry dapat melindungi sperma dari “stres oksidatif”.

















4) Delima, Kurma dan Madu

Seperti yang anda sedia maklum makanan sunnah pastinya baik untuk kesihatan kita. Boleh diamalkan bukan sahaja untuk persediaan hamil, tetapi juga boleh diamalkan pada bila-bila masa untuk sesiapa sahaja. Seelok-eloknya amalkan yang belum diproses (raw) bagi mengekalkan khasiatnya kerana dikhuatiri adanya bahan addictive.
Jadi, kepada mereka yang inginkan anak, cubalah amalkan petua ini. Usaha tangga kejayaan. Usaha, doa dan tawakal kepada Allah...kuatkan kesabaran. Semoga usaha dan doa anda diperkenankan-Nya... Aamiin...

Wednesday, 17 December 2014

Ubat semulajadi: Ajaibnya Air Kosong

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Badan manusia memerlukan air untuk mengawal suhu, melindungi organ dalaman dan membantu peredaran oksigen ke seluruh tubuh. Kekurangan air boleh memberi kesan keatas tubuh. Justeru, adalah penting untuk memastikan kandungan air dalam tubuh sentiasa mencukupi.

Kadang kala urusan seharian yang sibuk membuatkan kita terlupa untuk minum air yang cukup. Usahalah untuk meletakkan bekas minuman diatas meja kerja anda misalannya supaya anda sentiasa ingat untuk minum. Tidak mengapa kerap ke tandas. Ia menandakan anda sihat. Minumlah air yang cukup dengan sedikit tetapi kerap. Jom kita lihat apa tanda tubuh sekiranya anda kekurangan air.


Tanda tubuh PERLU air / kurangnya air dalam badan (Dehidrasi)

1) Mulut kering - mata ikan (ulser) dalalm mulut juga tanda anda kurang air

2) Air kencing bewarna kuning pekat - kurang kencing juga tanda anda kurang air

3) Sukar buang air - amalan minum air kosong sejurus bangun tidur boleh menghindari masalah ini

4) Kulit kering atau menggelupas - mudah terlihat (bagi wanita) bila anda mengenakan bedak

5) Jantung berdebar - fungsi jantung untuk proses peredaran darah terganggu

6) Kekejangan otot - biasanya setelah anda bersukan anda akan mengalaminya

7) Pening - bagi yang kerap pening atau sakit kepala, anda mungkin dehidrasi yang membawa kepada kekurangan oksigen dalam darah

8) Mudah penat - otot dan fungsi saraf lambat bekerja

9) Mata terasa kering - perlunya pengeluaran air mata untuk membersih dan menyegarkan

10) Panas dalam badan - pengawalan suhu badan. Bagi yang demam, cuba ubati dengan konsumsi air banyak dan kerap kencing bagi mengeluarkan haba dalam badan

11) Jerawat - Toksin yang tidak dapat dikeluarkan melalui air kencing dan peluh akan keluar melalui jerawat

12) Diet kurang berhasil - Kekurangan air dalam badan akan buat anda kerap lapar











Thursday, 11 December 2014

TTC: Biar gambar berbicara


بسم الله الرحمن الرحيم


Tiada Kata....

Biar gambar berbicara....

Teruskan usaha, jangan pernah mengalah....

DU-IT (Doa, Usaha, Ikhtiar, Tawakal)

















Lirik: Jangan Menyerah (d'Masiv)



Lirik Lagu Jangan Menyerah - d'Masiv

Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
S'gala yang telah terjadi

Kita pasti pernah
Dapatkan cobaan yang berat
Seakan hidup ini
Tak ada artinya lagi

Reff 1:
Syukuri apa yang ada
Hidup adalah anugerah
Tetap jalani hidup ini
Melakukan yang terbaik

Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
S'gala yang telah terjadi

Back to Reff: 1

Reff 2:
Tuhan pasti kan menunjukkan
Kebesaran dan kuasanya
Bagi hambanya yang sabar
Dan tak kenal putus asa

Jangan menyerah... 6x

Back to Reff: 1 & 2

Dan tak kenal putus asa

Lirik: Senyum Lagi (Qierra feat Mark Adam)





Senyum Lagi (Qierra feat Mark Adam)


Kau yang berada nun jauh di utara
Mengapa tiada khabar berita

Kau mengapa sunyi saja
Pagi kau di mana
Siang pun tak bersuara

Ooo... bagai nak gila
Ku menahan sengsara
Beratnya di kala bercinta

Ooo... bukan kau sahaja
Ku punya rasa yang sama
Merindu tak terkata

Yang jadi sudah terjadi
Biarkan ia terjadi
Tapi mengapa terjadi

Ooo...
Tak mahu ku fikir lagi
Tak mahu ku fikirkan lagi

Yang jadi sudah terjadi
Biarkan ia terjadi
Tapi mengapa terjadi
Ooo...
Senyum saja
Senyum saja
Senyum lagi

Bagaimana ingin ku meluahkan perasaan
Yang bergolak tanpa henti-henti

Aduh Chin... ermm... usah begitu
Fikiranku bercelaru
Aku bingung aku buntu
Aku buntu...

Ooo... bagai nak gila
Ku menahan sengsara
Beratnya di kala bercinta

Ooo... bukan kau sahaja
Ku punya rasa yang sama
Merindu tak terkata

Yang jadi sudah terjadi
Biarkan ia terjadi
Tapi mengapa terjadi
Ooo...

Tak mahu ku fikir lagi
Tak mahu ku fikirkan lagi

Yang jadi sudah terjadi
Biarkan ia terjadi
Tapi mengapa terjadi
Ooo...

Senyum saja
Senyum saja
Senyum lagi

Lalalala
Lalalala
Lalalala
Ooo...

Yang jadi sudah terjadi
Biarkan ia terjadi
Tapi mengapa terjadi
Ooo...

Tak mahu ku fikir lagi
Tak mahu ku fikirkan lagi
Yang jadi sudah terjadi
Biarkan ia terjadi
Tapi mengapa terjadi

Ooo...
Senyum saja
Senyum saja
Senyum lagi