Pernahkan anda mengalami situasi yang lebih kurang begini?
Hampir setiap hari berdepan dengan orang ramai. Kerap menaiki pengangkutan awam, selalu berada ditempat awam atau sering berdepan dengan orang ramai. Perlu kesabaran berjalan dan berlari-lari anak mengejar bas, lrt, komuter sampai habis keluar peluh. Kemudian rasa tidak selesa akibat bau yang terhasil daripada peluh anda sendiri . Lihat kiri kanan, seolah-olah mereka disekeliling anda cuba menghalakan hidung mereka ke tempat lain atau mengelak dari terbau sesuatu yang kurang menyenangkan. Apakah perasaan anda ketika itu? Atau anda sendiri berada di situasi orang disekeliling itu dan anda pula yang terpaksa menahan hidung anda sehingga bau tersebut berlalu pergi.
Biasa bukan?
Pernah dengar Sindrom Rambut Berbau atau "Smelly Hair Syndrome"? Mungkin anda pernah dengar tapi percayalah, inilah kali pertama saya mendengarnya. Untuk pengetahuan pembaca yang belum tahu, Sindrom Rambut Berbau merujuk kepada masalah rambut yang boleh membuatkan seseorang itu hilang keyakinan diri dan rendah diri untuk berdepan dengan orang disekelilingnya. Kadangkala bau yang ditumbulkan amat kuat sehinggakan orang yang berada di persekitaran mereka boleh tercium bau tersebut. Lagi haru bila aroma tersebut melekat pula pada apa sahaja yang terkena pada rambut mereka. Contohnya seperti tuala, bantal, topi dan tudung. Apakah yang menyebabkan rambut dan kulit kepala kita berbau sedemikian rupa?

Selain malas syampu, tidak cuci rambut dengan bersih, peluh, mengikat rambut atau mengenakan penutup kepala ketika rambut masih basah, pemilihan kain tudung yang tebal, bau asap dan aroma masakan yang kuat misalannya boleh menyebabkan rambut cepat berbau. Pemilik rambut yang berminyak atau rambut yang menyerap lebih banyak minyak (jika kerap menggunakan serum, gel atau mousse) lebih cenderung untuk mengalami masalah rambut berbau hapak, masam dan sebagainya meskipun rambut kerap dibasuh. Keadaan cuaca yang panas dan kering serta aktiviti yang banyak mengeluarkan peluh pastinya penyumbang kepada masalah rambut berbau.
Ada carakah untuk mengatasinya? Pasti ada.
Lemon mempunyai banyak fungsi yang bermanfaat untuk mempertahankan kecantikan rambut.
Lemon mempunyai banyak fungsi yang bermanfaat untuk mempertahankan kecantikan rambut.
- Lemon dapat membantu menyegarkannya kembali kulit kepala. Caranya dengan merebus lemon dengan kulitnya sekali ke dalam air. Biarkan hingga hancur. Kemudian tambahkan 1 sudu besar air mawar. Masukkan ramuan ini ke dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk. Anda boleh menggunakannya sebagai hair spray semulajadi yang akan membuatkan rambut anda segar sepanjang hari.
- Cegah rambut rosak dan gugur dengan campuran lemon dan air kelapa. Urut kulit kepala dengan campuran tersebut dan cara semulajadi ini boleh membantu mencegah rambut rosak yang semakin parah.
- Jika kulit kepala terasa gatal dan berkelemumur, cuba selesaikan masalah ini dengan menggunakan lemon dan garam. Ambil hirisan lemon atau pati perahannya dan letak sedikit garam. Usapkan pada kulit kepala sambil mengurutnya.
Selamat Mencuba :)
Rujukan: http://www.wom.my/kecantikan/rambut-berbau