Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam Jumaat pembaca sekalian. :)
Google punya google terjumpa resipi ni... kalau sebelum ni saya kongsikan Resipi Nasi Ayam Sedap kali ini kita cuba pula Resipi Ayam Penyet Kasih Sayang...boleh cuba untuk masak dihujung minggu nanti. Sesuai sangat bagi yang ingin belajar masak macam saya ni :)
Tengok gambar pun dah menggiurkan.... :)
Tengok gambar pun dah menggiurkan.... :)
Apalagi...jom!!!
RESIPI AYAM PENYET KASIH SAYANG
Bahan-bahan (Anggaran hidangan : 6 Orang)
(A) Untuk Ayam:
1 ekor ayam - rebus selama 10 minit dan toskan (simpan air rebusan ayam untuk sup dan nasi)
½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
1 sudu besar Serbuk Kunyit
½ sudu besar Serbuk Lada Putih
3 ulas Bawang Putih
1cm Halia
Sedikit Air
1 sudu kecil Garam
Minyak masak untuk menggoreng.
½ sudu besar Serbuk Lada Putih
3 ulas Bawang Putih
1cm Halia
Sedikit Air
1 sudu kecil Garam
Minyak masak untuk menggoreng.
(B) Untuk Sambal:
Sedikit minyak masak
10 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
10 biji Cili padi
10 biji Bawang kecil/merah, hiris
3 biji Bawang putih, hiris
5 biji Tomato, potong 4
5 cm Belacan
2 sudu Ikan Bilis
3 sudu gula merah/secukup rasa
(C) Untuk Nasi
3 cawan beras dibasuh dan ditoskan
3 ulas bawang putih
satu btg kayu manis
4 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
sedikit mentega
garam
kiub pati ayam/daging
6 cawan air rebusan ayam (yang disimpan tadi)
Cara-cara
(A) Untuk Ayam Penyet:
Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman atau beberapa jam
sudah memadai.
(Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu)
Setelah diperap, golek-golekkann pada tepung beras.
Panaskan minyak dan goreng hingga garing.
(B) Untuk Sambal:
Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata
dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga
separa halus.
Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
Masukkan gula merah dan gaul rata.
Tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa. Sambal boleh disediakan
sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk.
Panaskan sambal sebelum disajikan.
(C) Untuk sup:
Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.- tambah ayu manis, bunga lawang,
pelaga dan ketumbar jika mahu (boleh juga masukkan terus sup bunjut kalau ada).
Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup
semasa disajikan.
(D) Untuk Nasi:
Panaskan butter. Tumis bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga
sehingga wangi.
Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 3-5 minit.
Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam.Tunggu sehingga menggelegak.
Pindah ke periuk nasi letrik dan masak macam biasa.
Nota: Untuk nasi, boleh juga digantikan dengan nasi putih :)
Ok, SELAMAT MENCUBA dengan JAYAnya :)
nampak sedapp.... :)
ReplyDelete