Insyirah

Insyirah

Monday, 12 January 2015

Belian Online Secara Bijak

Salam dan selamat sejahtera

Kebelakangan ni, peniaga-peniaga yang jual barang secara dalam talian atau online bagaikan cendawan tumbuh. Terlalu banyak. Ada yang jual di laman sosial seperti facebook, instagram dan ada juga yang jual di laman sesawang termasuklah di blog. Golongan wanita terutamanya lebih sinonim dengan shopping dan mereka jualah penyumbang terbesar dalam pembelian secara online.

Pada pemerhatian saya, pengguna lebih gemar shopping online disebabkan beberapa faktor seperti berikut:

i) Masa - kekangan masa terutamanya bagi wanita yang bekerjaya. Mereka lebih cenderung untuk buat belian secara online diwaktu terluang kerana lebih flexible.
ii) Pilihan - lebih mudah buat pilihan dan bandingan harga yang cepat dan mudah dalam masa yang sama.
iii) Teknologi - Seiring dengan kemajuan teknologi, semuanya ada dihujung jari.
iv) Jimat - Banyak penjimatan yang diperolehi termasuklah kos pengangkutan sekiranya beli diluar.
v) Mudah - Kebanyakan pengguna lebih gemar membuat belian online kerana boleh buat bayaran secara online. Ini memudahkan kerana tidak perlu ke bank atau kedai sekiranya jauh. Barang yang dipesan akan sampai ke pintu rumah anda.


Akan tetapi, ada juga kelemahan dalam belian online seperti:

i) Kualiti - Kualiti barang yang diharapkan oleh pembeli mungkin tidak sama seperti dalam gambaran atau katalog, seperti kata pepatah "indah khabar dari rupa".
ii) Saiz - Barangan yang memerlukan saiz yang betul seperti pakaian, kasut dan sebagainya mungkin tidak sepadan disebabkan cutting yang berbeza untuk rekaan yang berbeza.
iii) Kos Pemulangan - Sekiranya peniaga meletakkan syarat dengan tidak membenarkan sebarang penukaran selepas penghantaran, Pembeli terpaksa menanggung kerugian atau jika boleh pun pemulangan, adalah sedikit melecehkan pembeli.
iv) Tipu - Ada peniaga yang suka mengambil kesempatan dan tidak bertanggungjawab menipu pembeli. Antaranya seperti barang tidak sampai, barang yang sampai rosak dan sebagainya. Untuk keselamatan, adalah lebih baik sekiranya pembeli memilih peniaga yang berdaftar kerana lebih dipercayai.
v) Pembaziran - Ada kalanya barangan yang dibeli tidak diperlukan pun. Akhirnya ia akan menyebakan pembaziran yang tidak dirancang.


Justeru, anda dinasihatkan untuk membuat belian secara bijak. Jangan terburu-buru dalam pembelian. Selalulah pertimbangkan:

i) Keperluan vs Kemahuan
ii) Buat sedikit kajian atau survey tentang barang yang hendak dibeli seperti spec barang, ukuran dan harga yang sewajarnya.
iii) Rancang - pembelian yang dirancang adalah pembelian yang bijak. Ikut bajet anda. Jangan ikutkan nafsu."Ukur baju dibadan sendiri" 

*Untuk saiz pakaian wanita, pilih ukuran baju sekurang-kurangnya 3-4 inci lebih besar dari ukuran badan sebenar iaitu bahagian dada dan punggung.

No comments:

Post a Comment