Salam dan selamat sejahtera.
Saya selalu keliru bab-bab ukuran ni. Memang tak pernah ambil tahu pun sebelum ni. Kalau ada pun kejap je ingat (itu pun selepas google) lepas tu lupa balik. Itulah ilmu, kalau kita tak guna memang tak lekat kat otak. hahaha...
Jadi, bila teringat balik bab ukuran ni terus catat kat sini. Nanti senang nak rujuk bila nak guna. Nak renovate rumah (contoh: nak pasang kabinet dapur dan sebagainya) nanti pun kena faham ukuran-ukuran ni atau nak beli barang kat kedai hardware pun kadang-kadang dia guna ukuran kaki. Tak ada la blur je nanti bila kontraktor bercerita itu ini.
Al-kisahnya haritu nak buat langsir rumah. Saya dah siap buat draft lakaran tapi ukur ikut sentimeter (cm). Sampai kat kedai, dia nak ukuran meter dan inci pula. Pening jadinya saya. Memang bulat-bulat saya serahkan pada pekerja kedai kain tu buat ikut ukuran dia.
Ini kesimpulan yang saya dapat buat :-
1 kaki = 12 Inci [1' = 12"]
1 kaki = 1/3 Meter [1' = 1/3m @ 0.3048m]
1 kaki = 30.48 Sentimeter [1' = 30.48cm]
Semoga dapat membantu :)
No comments:
Post a Comment