Insyirah

Insyirah

Tuesday, 20 January 2015

Resipi: Nasi Ayam Sedap

Resipi Nasi Ayam (Mesti Cuba!!!)

 Macam sedap je....macam menarik je....apa lagi, jom cuba sama-sama :)














  
Ayam:
1 ekor ayam
Halia
Bawang putih
Bawang merah
Bahan perap:
Sos tiram
Kicap cair
Kicap manis
Madu
Minyak bijan

1. Kisar halia dan bawang putih dan bawang merah.
2. Perap ayam dengan bahan kisar selama 30 minit.
3. Didihkan air di dalam periuk dan masukkan ayam tadi dan perlahankan api sehingga ayam setengah masak.
4. Angkat ayam tadi dan perapkan dengan bahan perap seketika. Gantungkan ayam sekurang kurangnya satu jam.
5. Goreng ayam secara deep fry atau di dalam periuk yang dalam sehingga minyak menenggelami ayam. Untuk lebih mudah, sangkutkan ayam dengan besi penyangkut ditepi periuk agar mudah mengangkatnya setelah masak. Setelah ayam masak angkat dan gantung untuk toskan minyak. Potong ayam dan hidang.

* Ayam jangan dipotong, biarkan seekor. Setelah digoreng atau dipanggang barulah dipotong agar ayam masak cantik. Tapi kalau susah untuk menggoreng, bolehlah dipotong 2 atau potong 4 sahaja.

Nasi Ayam:
Mentega
Minyak ayam
Bawang merah
Bawang putih
Halia
2 helai daun pandan
1 helai daun salam (bay leave) - optional
Susu full cream - optional
Serbuk ayam - optional
Garam
Gula
Rempah penumis - bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis
Basuh beras, tos dan letak dalam rice cooker.

1. Di dalam rice cooker masukkan mentega. Tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang telah dikisar, bunga lawang, buah pelaga, kayu manis, daun pandan dan daun salam.
2. Setelah naik bau, masukkan separuh daripada air rebusan ayam tadi, susu full cream, garam, serbuk ayam dan gula mengikut rasa.
3. Biarkan mendidih, kemudian masukkan beras yang telah dibasuh tadi. Masak seperti biasa. Tambah air biasa ke dalam beras tadi jika air tidak cukup.
4. Setelah nasi masak, tabur bawang goreng dan daun bawang atau daun sup dan hidang (optional).


Sambal Cili
5 biji cili padi merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia
1 sudu teh cuka - optional
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1/2 cawan air rebusan ayam
Sos tomato - optional

1. Blend cili padi merah siam dengan halia dan bawang putih.
2. Masak di dalam kuali. Masukkan gula, garam dan cuka secukup rasa. Tambah sedikit air rebusan ayam. Masak dengan api kecil sehingga likat.


Sambal Kicap

1. Air kicap hasil perapan ayam tadi dimasak di dalam kuali sehingga mendidih. Angkat.

Kuah Sup
Jeruk kubis - optional
Garam
Serbuk ayam - optional
Daun bawang - tabur
Bawang putih goreng - tabur

1. Separuh air rebusan ayam dimasak semula dan campurkan jeruk kobis, garam dan serbuk ayam.
2. Letak potongan daun bawang dan bawang putih goreng ketika menghidang.


Selamat mencuba!!! :)

No comments:

Post a Comment