Insyirah

Insyirah

Monday, 22 June 2015

Jom Sahur :)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kalian yang membaca post ini...

Harini 5 Ramadhan 1436H bersamaan dengan 22 Jun 2015...

Sahur tak kawan-kawan pagi tadi? Haa...jangan jadikan alasan tak sempat bangun sahur 

untuk tidak berpuasa ye :) 

Ingin saya kongsikan satu hadith daripada junjungan kita yang berbunyi...

"Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya : 

Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan"

Pengajaran Hadith:

i) Waktu bersahur bermula pada pertengahan malam sehingga terbitnya fajar. Namun disunatkan untuk mengakhirkan waktu bersahur iaitu kira-kira 10 atau 15 minit sebelum azan Subuh. 

ii) Mengantuk dan letih tidak boleh dijadikan alasan untuk enggan bersahur kerana sahur dapat membantu menguatkan badan orang yang berpuasa untuk mengerjakan ibadat puasa pada sebelah siangnya, di samping sahur itu sendiri adalah satu amalan sunat yang berkat.

iii) Pengambilan makanan sahur adalah titik yang membezakan antara puasa penganut agama lain dengan puasa umat Islam kerana penganut agama lain tidak bersahur sebelum berpuasa.

iv) Sahur itu boleh dilakukan dengan sedikit makan walaupun cuma seteguk air. Namun tidak digalakkan untuk mengambil terlalu sedikit atau terlalu banyak. Memadailah sekadar untuk membantu mengerjakan puasa pada keesokan harinya.

sumber: http://www.islam.gov.my

Mana yang tak sempat nak sediakan lauk untuk bersahur, apa kata anda cuba Serunding Bilis 

Warisan ini....

Pedas, rangup dan sedap...

Rasa dulu....baru tahu..... :)

#serundingbiliswarisan #serunding

Wednesday, 13 May 2015

Info: Sindrom Rambut Berbau (Smelly Hair Syndrome)

Pernahkan anda mengalami situasi yang lebih kurang begini?

Hampir setiap hari berdepan dengan orang ramai. Kerap menaiki pengangkutan awam, selalu berada ditempat awam atau sering berdepan dengan orang ramai. Perlu kesabaran berjalan dan berlari-lari anak mengejar bas, lrt, komuter sampai habis keluar peluh. Kemudian rasa tidak selesa akibat bau yang terhasil daripada peluh anda sendiri . Lihat kiri kanan, seolah-olah mereka disekeliling anda cuba menghalakan hidung mereka ke tempat lain atau mengelak dari terbau sesuatu yang kurang menyenangkan. Apakah perasaan anda ketika itu? Atau anda sendiri berada di situasi orang disekeliling itu dan anda pula yang terpaksa menahan hidung anda sehingga bau tersebut berlalu pergi. 

Biasa bukan?

Pernah dengar Sindrom Rambut Berbau atau "Smelly Hair Syndrome"? Mungkin anda pernah dengar tapi percayalah, inilah kali pertama saya mendengarnya. Untuk pengetahuan pembaca yang belum tahu, Sindrom Rambut Berbau merujuk kepada masalah rambut yang boleh membuatkan seseorang itu hilang keyakinan diri dan rendah diri untuk berdepan dengan orang disekelilingnya. Kadangkala bau yang ditumbulkan amat kuat sehinggakan orang yang berada di persekitaran mereka boleh tercium bau tersebut. Lagi haru bila aroma tersebut melekat pula pada apa sahaja yang terkena pada rambut mereka. Contohnya seperti tuala, bantal, topi dan tudung. Apakah yang menyebabkan rambut dan kulit kepala kita berbau sedemikian rupa? 

Selain malas syampu, tidak cuci rambut dengan bersih, peluh, mengikat rambut atau mengenakan penutup kepala ketika rambut masih basah, pemilihan kain tudung yang tebal, bau asap dan aroma masakan yang kuat misalannya boleh menyebabkan rambut cepat berbau. Pemilik rambut yang berminyak atau rambut yang menyerap lebih banyak minyak (jika kerap menggunakan serum, gel atau mousse) lebih cenderung untuk mengalami masalah rambut berbau hapak, masam dan sebagainya meskipun rambut kerap dibasuh. Keadaan cuaca yang panas dan kering serta aktiviti yang banyak mengeluarkan peluh pastinya penyumbang kepada masalah rambut berbau. 

Ada carakah untuk mengatasinya? Pasti ada.

Lemon mempunyai banyak fungsi yang bermanfaat untuk mempertahankan kecantikan rambut. 

  • Lemon dapat membantu menyegarkannya kembali kulit kepala. Caranya dengan merebus lemon dengan kulitnya sekali ke dalam air. Biarkan hingga hancur. Kemudian tambahkan 1 sudu besar air mawar. Masukkan ramuan ini ke dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk. Anda boleh menggunakannya sebagai hair spray semulajadi yang akan membuatkan rambut anda segar sepanjang hari.
  • Cegah rambut rosak dan gugur dengan campuran lemon dan air kelapa. Urut kulit kepala dengan campuran tersebut dan cara semulajadi ini boleh membantu mencegah rambut rosak yang semakin parah.
  • Jika kulit kepala terasa gatal dan berkelemumur, cuba selesaikan masalah ini dengan menggunakan lemon dan garam. Ambil hirisan lemon atau pati perahannya dan letak sedikit garam. Usapkan pada kulit kepala sambil mengurutnya.
Sekiranya sukar mendapatkan lemon, anda boleh juga menggantikan dengan limau purut.

Selamat Mencuba :) 

Rujukan: http://www.wom.my/kecantikan/rambut-berbau

Monday, 11 May 2015

Kerepek dan Kudapan Arisa

Salam sejahtera pembaca-pembaca yang sihat, tampan dan cantik....tak lama lagi dah nak puasa kan?...kemudian nak raya pula. Ada yang sudah mula membuat persiapan?. Atau anda jenis orang yang sukakan "last minute"?. Ada pula yang tunggu BONUS raya?. Terpulanglah pada anda...apapun saya nasihatkan supaya kita berbelanja dengan berhemah. GST pun...raya tetap raya kan? Kalau boleh buatlah perancangan yang lebih awal supaya tidaklah rasa terbeban.

Owh ya...panjang pula mukadimahnya kan?...dipendekkan cerita, kami Arisa FS Enterprise menawarkan kudapan dan snek seperti KEK BAJET, KEREPEK, KUIH SEJUK BEKU dan SERUNDING BILIS WARISAN bagi membantu memeriahkan raya anda. Kami juga membantu mengurangkan BAJET anda kerana kami menyediakan penghantaran PERCUMA ke pintu rumah anda. Kawasan Puncak Alam dan sekitarnya. Kawasan Lembah Klang boleh dipertimbangkan juga bergantung kepada pembelian minima. 

Mari lihat senarai dibawah. Jika berminat, bolehlah hubungi kami di talian 018.351.5056 (Sarah). Whatsapp, sms dan call Insya Allah akan dilayan :)

#kudapan #kerepek #snek #malaysiansnack #kakimakan #raya #anytime #anywhere #sayajual #arisafs

Friday, 8 May 2015

Resipi: Nasi Ayam Penyet Kasih Sayang

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam Jumaat pembaca sekalian. :)

Google punya google terjumpa resipi ni... kalau sebelum ni saya kongsikan Resipi Nasi Ayam Sedap kali ini kita cuba pula Resipi Ayam Penyet Kasih Sayang...boleh cuba untuk masak dihujung minggu nanti. Sesuai sangat bagi yang ingin belajar masak macam saya ni :)

Tengok gambar pun dah menggiurkan.... :)

Apalagi...jom!!! 

RESIPI AYAM PENYET KASIH SAYANG

Bahan-bahan (Anggaran hidangan : 6 Orang)

(A) Untuk Ayam:

1 ekor ayam - rebus selama 10 minit dan toskan (simpan air rebusan ayam untuk sup dan nasi)

½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
1 sudu besar Serbuk Kunyit

½ sudu besar Serbuk Lada Putih

3 ulas Bawang Putih

1cm Halia

Sedikit Air

1 sudu kecil Garam

Minyak masak untuk menggoreng.

(B) Untuk Sambal:
Sedikit minyak masak

10 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)

10 biji Cili padi

10 biji Bawang kecil/merah, hiris

3 biji Bawang putih, hiris

5 biji Tomato, potong 4

5 cm Belacan

2 sudu Ikan Bilis

3 sudu gula merah/secukup rasa

(C) Untuk Nasi

3 cawan beras dibasuh dan ditoskan

3 ulas bawang putih

satu btg kayu manis

4 biji buah pelaga

2 kuntum bunga lawang

sedikit mentega

garam

kiub pati ayam/daging

6 cawan air rebusan ayam (yang disimpan tadi)

Cara-cara
(A) Untuk Ayam Penyet:
Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman atau beberapa jam

sudah memadai.

(Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu)
Setelah diperap, golek-golekkann pada tepung beras.

Panaskan minyak dan goreng hingga garing.

(B) Untuk Sambal:
Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata

dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga 

separa halus.
Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.

Masukkan gula merah dan gaul rata.
Tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa. Sambal boleh disediakan 

sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk.
Panaskan sambal sebelum disajikan.

(C) Untuk sup:
Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.- tambah ayu manis, bunga lawang, 

pelaga dan ketumbar jika mahu (boleh juga masukkan terus sup bunjut kalau ada).
Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup 

semasa disajikan.

(D) Untuk Nasi:
Panaskan butter. Tumis bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga 

sehingga wangi.
Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 3-5 minit.

Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam.Tunggu sehingga menggelegak.

Pindah ke periuk nasi letrik dan masak macam biasa.

Nota: Untuk nasi, boleh juga digantikan dengan nasi putih :)

Ok, SELAMAT MENCUBA dengan JAYAnya :)

Thursday, 16 April 2015

Perjalanan di Dalam Rahim Sang Ibu

Bismillah...

Pastinya seseorang yang bergelar wanita dan isteri mempunyai keinginan untuk menjadi seorang ibu. Ini jua perjalanan yang dilalui oleh kita didalam rahim ibu sebelum kita dilahirkan...
Perjalanan 9 bulan yang dinanti-nanti dengan penuh debar...

Ini lah dia pejalanan seorang bayi sebelum terlahirnya melihat dunia...

"Sayang...meskipun kamu belum pernah hadir...meskipun belum pernah daku rasainya sendiri...walau sekejap...apatah lagi 9 bulan...akan kami tunggu saat itu...dengan penuh sabar...."

"Semoga Allah terus mengurniakan rasa SYUKUR dalam diri kami dan kalian...Semoga Allah terus kuatkan keSABARan kami dan kalian....Semoga Allah kabulkan doa kami dan doa kalian...amiin ya robbal alamin..."

Surah Al-Mukminuun 23:12-14

A012
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah;
A013
Kemudian Kami jadikan "pati" itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh;
A014
Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.

Friday, 27 February 2015

Baja Semulajadi: Jimat & Menyuburkan Tanaman

Tanaman yang sihat, segar, menghijau, berbunga dan berbuah pastinya menjadi idaman mereka yang suka berkebun. Jadi, rutin penjagaan dan penyelenggaraan perlu diberi perhatian dengan sewajarnya. Penggunaan baja yang sesuai dan kadar siraman yang betul antara yang perlu diberi perhatian. Banyak petua yang dikongsikan oleh orang-orang yang berpengalaman bagi memastikan tanaman sentiasa segar. 

Bagi yang baru berjinak-jinak berkebun pastinya tercari-cari petua yang sesuai terutamanya baja yang terbaik. Di sini saya ingin kongsikan baja semulajadi dan mudah tetapi menyuburkan. Antara petua yang sesuai adalah:

Petua 1
Baja Kompos (berasaskan tulang ikan dan kulit udang).

Cara:
Tumbuk baja sehingga lumat sebelum dikeringkan. Pastikan benar-benar kering. Tabur 2 kali seminggu. Gembur baja kompos yang ditabur tadi bagi membantu proses penyerapan oleh mikro organisma.

Petua 2

Air Cucian Beras.

Air cucian beras bukan sekadar menghilangkan bau hanyir ikan, tetapi sesuai dijadikan bahan siraman tanaman. Ia juga membantu tanaman berbunga segar dan menyerlahkan variasi warna bunga.

Petua 3
Air Basuhan Ikan.

Berupaya menyuburkan kerana unsur dan kandungan dalam organ ikan memberi kesan yang positif pada tanaman anda.

Petua 4
Air Rendaman Bawang Putih atau Merah.

Ia dikatakan dapat menggalakkan penghasilan pucuk baru dan bunga subur dengan membiarkan rendaman tersebut semalaman (tanpa buang kulit bawang)

Petua 5
Serbuk Kopi dan Teh.

Tabur di sekeliling pangkal tanaman. Tanpa mengambil masa yang lama, ia pasti membuahkan hasil.

Petua 6
Serbuk Kayu

Campurkan serbuk kayu bersama tanah dan gaul rata. Kemudian barulah ditanam di sekeliling tanaman.

Sumber: myMetro 04/03/2011
barulah dit
ata barulah ditanam di sekelilingi tanaman anda itu dan jangan lupa rutin siraman. - See more at: http://www2.hmetro.com.my/articles/Airberassuburtanaman/Article#sthash.AYanXkQb.dpuf
ata barulah ditanam di sekelilingi tanaman anda itu dan jangan lupa rutin siraman. - See more at: http://www2.hmetro.com.my/articles/Airberassuburtanaman/Article#sthash.AYanXkQb.dpuf
TANAMAN kekal subur dan menghijau jika rutin penjagaan dan penyeleng­garaan diberi perhatian sepenuhnya.
Penggunaan baja dan jadual siraman yang sesuai antara lang­kah terbaik bagi memastikan tanaman sentiasa segar.

Petua 1

Baja kompos berasaskan tulang ikan dan kulit udang dikatakan sesuai untuk menyuburkan bunga ros.

Langkah berkenaan ialah dengan hanya menumbuk baja itu hingga lumat sebelum dikeringkan.

Pastikan ia benar-benar kering mengelakkan kewujudan perosak yang membahayakan bunga ros berkenaan.

Seterusnya anda perlu me­nabur baja berkenaan sekurang-kurangnya dua kali seminggu.

Sungkup atau gembur baja kompos yang ditabur pada permukaan tanah bagi membantu mikro organisma tanah menyerap bahan berkenaan.

Uniknya tanah yang digembur baik untuk pertumbuhan dan membantu meningkatkan tumbesaran tanaman.

Pertumbuhan pucuk dan tunas lebih sihat dan subur dapat dihasilkan sepenuhnya menerusi penggunaan baja berkenaan.

Petua 2

Air cucian beras bukan sekadar menghilangkan bau hanyir ikan, tetapi juga sesuai dijadikan bahan siraman pokok bunga.

Ia juga membantu tanaman ros di taman anda berbunga segar dan menyerlahkan variasi bunga warna menarik.

Petua 3

Air basuhan ikan yang disiram pada tanaman pula berupaya menyuburkan tanaman.

Ini kerana unsur dan kandungan dalam organ ikan itu memberikan kesan positif pada tanaman.

Petua 4

  • Air rendaman bawang putih atau merah boleh dimanfaat­kan kegunaannya.
  • Ia dikatakan dapat menghasilkan pucuk baru dan bunga subur dengan langkah mudah iaitu direndam semalaman dalam air.
  • Air itu kemudian disiram pada tanaman tanpa membuang kulit bawang pada keesokan hari dan amalkan petua itu lebih kerap supaya tanaman kembali sihat dan segar.

    Petua 5
  • Serbuk kopi dan teh jangan dibuang sebaliknya ia dikata­kan membantu menyuburkan tanaman anda.
  • Cara mudah dengan hanya menaburkan ia di sekeliling pangkal tanaman dan tanpa mengambil masa lama ia pasti membuahkan hasil membang­gakan.

    Petua 6
  • Serbuk kayu antara bahan semula jadi yang boleh dimanfaatkan sebagai baja tanaman.
  • Campurkan bersama tanah dan gaul hingga rata barulah ditanam di sekelilingi tanaman anda itu dan jangan lupa rutin siraman. Artikel ini disiarkan pada : 2011/
  • - See more at: http://www2.hmetro.com.my/articles/Airberassuburtanaman/Article#sthash.AYanXkQb.dpuf

  • - See more at: http://www2.hmetro.com.my/articles/Airberassuburtanaman/Article#sthash.AYanXkQb.dpufass

    Wednesday, 21 January 2015

    Kisah Pemuda dan Epal

    Baru-baru ini sibuk diperkatakan tentang bakteria listeriosis yang dikesan dalam epal jenis Granny Smith dan Gala dari California, Amerika Syarikat (AS) yang mencetuskan kebimbangan berikutan dakwaan pakar ia boleh merebak kepada buah lain. Penyebaran boleh berlaku dalam beberapa keadaan, termasuk jika epal tercemar itu diletakkan bersama atau berhampiran buah lain. Semua jenis buah yang disimpan dalam bekas penyimpanan epal tercemar turut terdedah kepada penyebaran sel bakteria itu.

    Teringat kisah para sahabat tentang pemuda jujur yang tidak sengaja memakan sebiji epal tanpa keizinan empunya kebun. Begini kisahnya. Seorang pemuda bernama Tsabit bin Ibrahim sedang berjalan di pinggiran kota Kufah. Tiba-tiba dia melihat sebiji epal jatuh keluar dari pagar sebuah kebun buah-buahan. Melihat epal yang merah ranum itu terjatuh di tanah lalu Tsabit mengambil buah epal tersebut, apalagi pada hari yang panas dan tengah kehausan. Maka tanpa berfikir panjang dimakan buah epal yang lazat itu, akan tetapi baru separuh di makan dia teringat bahwa buah itu bukan miliknya dan dia belum mendapat izin pemiliknya.

    Maka ia segera pergi kedalam kebun buah-buahan itu ingin menemui pemiliknya agar minta diikhlaskan buah yang telah dimakannya. Di kebun itu ia bertemu dengan seorang lelaki. Maka dia berkata, “Aku sudah makan setengah dari buah epal ini. Aku berharap anda menghalalkannya”. Orang itu menjawab, “Aku bukan pemilik kebun ini. Aku ini pekerjanya yang ditugaskan menjaga dan mengurus kebunnya”.Dengan nada menyesal Tsabit bertanya lagi, “Dimana rumah pemiliknya? Aku akan menemuinya dan minta agar diikhlaskan epal yang telah ku makan ini.” 

    Pengurus kebun itu memberitahu, “Jika engkau ingin pergi kesana maka engkau harus menempuh perjalan sehari semalam”. Tsabit bertekad akan pergi menemui si pemilik kebun itu. Katanya kepada tukang kebun itu, “Tidak apa-apa. Aku akan tetap pergi menemuinya, meskipun rumahnya jauh. Aku telah memakan epal yang tidak halal bagiku karena tanpa izin pemiliknya. Bukankah Rasulullah s.a.w. sudah memperingatkan kita melalui sabdanya: “Siapa yang tubuhnya tumbuh dari yang haram, maka ia lebih layak menjadi umpan api neraka”.

    Tsabit pergi juga ke rumah pemilik kebun itu, dan setiba di sana dia terus mengetuk pintu. Setelah itu pemilik rumah membuka pintu, Tsabit memberi salam dengan sopan, seraya berkata,” Wahai tuan yang pemurah,saya sudah terlanjur makan setengah dari buah epal tuan yang telah jatuh ke luar kebun tuan. Oleh itu saya harap tuan menghalalkan apa yang sudah ku makan itu?”Lelaki tua yang ada dihadapan Tsabit mengamatinya dengan cermat. Lalu dia berkata tiba-tiba, “Tidak,aku tidak bisa menghalalkannya kecuali dengan satu syarat.” Tsabit merasa risau dengan syarat itu karena takut ia tidak dapat melaksanakannya. 

    Maka segera ia bertanya, “Apa syarat itu tuan?” Orang itu menjawab, “Engkau harus mengawini putriku” Tsabit tidak memahami apa maksud dan tujuan lelaki itu, maka dia berkata, “Apakah karena hanya aku makan setengah buah epalmu yang keluar dari kebunmu,aku harus mengawini anak mu?” Tetapi pemilik kebun itu tidak mempedulikan pertanyaan Tsabit. Ia malah menambahkan, katanya, “Sebelum pernikahan dimulai engkau harus tahu dulu kekurangan-kekurangan putriku itu. Dia seorang yang buta, bisu, dan tuli. Lebih dari itu ia juga seorang yang lumpuh”

    Tsabit sangat terkejut dengan keterangan si pemilik kebun. Dia berfikir dalam hatinya, apakah perempuan seperti itu patut dia jadikan sebagai isteri gara-gara setengah buah epal yang tidak diikhlaskan kepadanya? Kemudian pemilik kebun itu menyatakan lagi, “Selain syarat itu aku tidak boleh menghalalkan apa yang telah kau makan” Kemudian Tsabit menjawab, “Aku akan menerima pinangannya dan menikahinya. Untuk itu aku akan memenuhi kewajiban-kewajiban dan hak-hakku kepadanya karena aku amat berharap Allah selalu meredhaiku dan mudah-mudahan aku dapat meningkatkan kebaikan-kebaikanku di sisi Allah Ta’ala”.

    Maka pernikahan pun dilaksanakan.Pemilik kebun itu menghadirkan dua saksi yang akan menyaksikan akad nikah mereka. Sesudah perkawinan selesai, Tsabit dipersilahkan masuk menemui isterinya. Sewaktu Tsabit hendak masuk kamar pengantin, dia berfikir akan tetap mengucapkan salam walaupun isterinya tuli dan bisu,karena bukankah malaikat Allah yang berkeliaran dalam rumahnya tentu tidak tuli dan bisu juga. Maka diapun mengucapkan salam,“Assalamu”alaikum…”

    Tak disangka sama sekali wanita yang ada dihadapannya dan kini telah menjadi isterinya itu menjawab salamnya dengan baik. Ketika Tsabit masuk ingin menghampiri wanita itu,dia mengulurkan tangan untuk menyambut uluran tangannya. Sekali lagi Tsabit terkejut karena wanita yang kini menjadi isterinya itu menyambut tangannya.Tsabit tergamam menyaksikan perkara ini. “Kata ayahnya dia wanita tuli dan bisu tetapi ternyata dia menyambut salamnya dengan baik. Jika demikian berarti wanita yang ada dihadapanku ini dapat mendengar dan tidak bisu. Ayahnya juga mengatakan bahwa dia buta dan lumpuh tetapi ternyata dia menyambut kedatanganku dengan ramah dan mengulurkan tangan dengan mesra pula”,
    Kata Tsabit dalam hatinya.

    Tsabit berfikir, mengapa ayahnya menyampaikan berita-berita yang bertentangan dengan yang sebenarnya? Setelah Tsabit duduk di sisi isterinya, dia bertanya, “Ayahmu mengatakan kepadaku bahwa engkau buta. Mengapa?” Wanita itu kemudian berkata, “Ayahku benar, karena aku tidak pernah melihat apa-apa yang diharamkan Allah”. Tsabit bertanya lagi, “Ayahmu juga mengatakan bahwa engkau tuli, mengapa?” Wanita itu menjawab, “Ayahku benar, karena aku tidak pernah mahu mendengar berita dan cerita orang yang tidak membuat ridho Allah. Ayahku juga mengatakan kepadamu bahawa aku bisu dan lumpuh, bukan?” Tanya wanita itu kepada Tsabit yang kini sah menjadi suaminya. Tsabit mengangguk perlahan mengiyakan pertanyaan isterinya. Selanjutnya wanita itu berkata, “aku dikatakan bisu karena dalam banyak hal aku hanya menggunakan lidahku untuk menyebut asma Allah Ta’ala saja. Aku juga dikatakan lumpuh karena kakiku tidak pernah pergi ke tempat-tempat yang boleh menimbulkan celaan
    Allah Ta’ala”.

    Tsabit sangat bahagia mendapatkan isteri yang ternyata amat solehah dan wanita yang memelihara dirinya. Dengan bangga ia berkata tentang isterinya, “Ketika kulihat wajahnya, Subhanallah! dia bagaikan bulan purnama di malam yang gelap”. Tsabit dan isterinya yang solehah dan cantik itu hidup bahagia. Tidak lama kemudian mereka dikurniakan seorang putra yang ilmunya memancarkan hikmah ke seluruh penjuru dunia, Beliau adalah Al Imam Abu Hanifah An Nu’man bin Tsabit .

    Tuesday, 20 January 2015

    Resipi: Nasi Ayam Sedap

    Resipi Nasi Ayam (Mesti Cuba!!!)

     Macam sedap je....macam menarik je....apa lagi, jom cuba sama-sama :)

    Ayam:
    1 ekor ayam
    Halia
    Bawang putih
    Bawang merah
    Bahan perap:
    Sos tiram
    Kicap cair
    Kicap manis
    Madu
    Minyak bijan

    1. Kisar halia dan bawang putih dan bawang merah.
    2. Perap ayam dengan bahan kisar selama 30 minit.
    3. Didihkan air di dalam periuk dan masukkan ayam tadi dan perlahankan api sehingga ayam setengah masak.
    4. Angkat ayam tadi dan perapkan dengan bahan perap seketika. Gantungkan ayam sekurang kurangnya satu jam.
    5. Goreng ayam secara deep fry atau di dalam periuk yang dalam sehingga minyak menenggelami ayam. Untuk lebih mudah, sangkutkan ayam dengan besi penyangkut ditepi periuk agar mudah mengangkatnya setelah masak. Setelah ayam masak angkat dan gantung untuk toskan minyak. Potong ayam dan hidang.

    * Ayam jangan dipotong, biarkan seekor. Setelah digoreng atau dipanggang barulah dipotong agar ayam masak cantik. Tapi kalau susah untuk menggoreng, bolehlah dipotong 2 atau potong 4 sahaja.

    Nasi Ayam:
    Mentega
    Minyak ayam
    Bawang merah
    Bawang putih
    Halia
    2 helai daun pandan
    1 helai daun salam (bay leave) - optional
    Susu full cream - optional
    Serbuk ayam - optional
    Garam
    Gula
    Rempah penumis - bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis
    Basuh beras, tos dan letak dalam rice cooker.

    1. Di dalam rice cooker masukkan mentega. Tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang telah dikisar, bunga lawang, buah pelaga, kayu manis, daun pandan dan daun salam.
    2. Setelah naik bau, masukkan separuh daripada air rebusan ayam tadi, susu full cream, garam, serbuk ayam dan gula mengikut rasa.
    3. Biarkan mendidih, kemudian masukkan beras yang telah dibasuh tadi. Masak seperti biasa. Tambah air biasa ke dalam beras tadi jika air tidak cukup.
    4. Setelah nasi masak, tabur bawang goreng dan daun bawang atau daun sup dan hidang (optional).

    Sambal Cili
    5 biji cili padi merah
    5 ulas bawang putih
    2 cm halia
    1 sudu teh cuka - optional
    1 sudu teh garam
    1 sudu teh gula
    1/2 cawan air rebusan ayam
    Sos tomato - optional

    1. Blend cili padi merah siam dengan halia dan bawang putih.
    2. Masak di dalam kuali. Masukkan gula, garam dan cuka secukup rasa. Tambah sedikit air rebusan ayam. Masak dengan api kecil sehingga likat.

    Sambal Kicap

    1. Air kicap hasil perapan ayam tadi dimasak di dalam kuali sehingga mendidih. Angkat.

    Kuah Sup
    Jeruk kubis - optional
    Garam
    Serbuk ayam - optional
    Daun bawang - tabur
    Bawang putih goreng - tabur

    1. Separuh air rebusan ayam dimasak semula dan campurkan jeruk kobis, garam dan serbuk ayam.
    2. Letak potongan daun bawang dan bawang putih goreng ketika menghidang.

    Selamat mencuba!!! :)

    Friday, 16 January 2015

    Ukuran: Kaki, Inci, Meter & Sentimeter

    Salam dan selamat sejahtera.

    Saya selalu keliru bab-bab ukuran ni. Memang tak pernah ambil tahu pun sebelum ni. Kalau ada pun kejap je ingat (itu pun selepas google) lepas tu lupa balik. Itulah ilmu, kalau kita tak guna memang tak lekat kat otak. hahaha...

    Jadi, bila teringat balik bab ukuran ni terus catat kat sini. Nanti senang nak rujuk bila nak guna. Nak renovate rumah (contoh: nak pasang kabinet dapur dan sebagainya) nanti pun kena faham ukuran-ukuran ni atau nak beli barang kat kedai hardware pun kadang-kadang dia guna ukuran kaki. Tak ada la blur je nanti bila kontraktor bercerita itu ini.

    Al-kisahnya haritu nak buat langsir rumah. Saya dah siap buat draft lakaran tapi ukur ikut sentimeter (cm). Sampai kat kedai, dia nak ukuran meter dan inci pula. Pening jadinya saya. Memang bulat-bulat saya serahkan pada pekerja kedai kain tu buat ikut ukuran dia.
     
    Ini kesimpulan yang saya dapat buat :-

    1 kaki = 12 Inci [1' = 12"]

    1 kaki = 1/3 Meter [1' = 1/3m @ 0.3048m]

    1 kaki = 30.48 Sentimeter [1' = 30.48cm]

    Semoga dapat membantu :)

    Monday, 12 January 2015

    Belian Online Secara Bijak

    Salam dan selamat sejahtera

    Kebelakangan ni, peniaga-peniaga yang jual barang secara dalam talian atau online bagaikan cendawan tumbuh. Terlalu banyak. Ada yang jual di laman sosial seperti facebook, instagram dan ada juga yang jual di laman sesawang termasuklah di blog. Golongan wanita terutamanya lebih sinonim dengan shopping dan mereka jualah penyumbang terbesar dalam pembelian secara online.

    Pada pemerhatian saya, pengguna lebih gemar shopping online disebabkan beberapa faktor seperti berikut:

    i) Masa - kekangan masa terutamanya bagi wanita yang bekerjaya. Mereka lebih cenderung untuk buat belian secara online diwaktu terluang kerana lebih flexible.
    ii) Pilihan - lebih mudah buat pilihan dan bandingan harga yang cepat dan mudah dalam masa yang sama.
    iii) Teknologi - Seiring dengan kemajuan teknologi, semuanya ada dihujung jari.
    iv) Jimat - Banyak penjimatan yang diperolehi termasuklah kos pengangkutan sekiranya beli diluar.
    v) Mudah - Kebanyakan pengguna lebih gemar membuat belian online kerana boleh buat bayaran secara online. Ini memudahkan kerana tidak perlu ke bank atau kedai sekiranya jauh. Barang yang dipesan akan sampai ke pintu rumah anda.

    Akan tetapi, ada juga kelemahan dalam belian online seperti:

    i) Kualiti - Kualiti barang yang diharapkan oleh pembeli mungkin tidak sama seperti dalam gambaran atau katalog, seperti kata pepatah "indah khabar dari rupa".
    ii) Saiz - Barangan yang memerlukan saiz yang betul seperti pakaian, kasut dan sebagainya mungkin tidak sepadan disebabkan cutting yang berbeza untuk rekaan yang berbeza.
    iii) Kos Pemulangan - Sekiranya peniaga meletakkan syarat dengan tidak membenarkan sebarang penukaran selepas penghantaran, Pembeli terpaksa menanggung kerugian atau jika boleh pun pemulangan, adalah sedikit melecehkan pembeli.
    iv) Tipu - Ada peniaga yang suka mengambil kesempatan dan tidak bertanggungjawab menipu pembeli. Antaranya seperti barang tidak sampai, barang yang sampai rosak dan sebagainya. Untuk keselamatan, adalah lebih baik sekiranya pembeli memilih peniaga yang berdaftar kerana lebih dipercayai.
    v) Pembaziran - Ada kalanya barangan yang dibeli tidak diperlukan pun. Akhirnya ia akan menyebakan pembaziran yang tidak dirancang.

    Justeru, anda dinasihatkan untuk membuat belian secara bijak. Jangan terburu-buru dalam pembelian. Selalulah pertimbangkan:

    i) Keperluan vs Kemahuan
    ii) Buat sedikit kajian atau survey tentang barang yang hendak dibeli seperti spec barang, ukuran dan harga yang sewajarnya.
    iii) Rancang - pembelian yang dirancang adalah pembelian yang bijak. Ikut bajet anda. Jangan ikutkan nafsu."Ukur baju dibadan sendiri" 

    *Untuk saiz pakaian wanita, pilih ukuran baju sekurang-kurangnya 3-4 inci lebih besar dari ukuran badan sebenar iaitu bahagian dada dan punggung.